PENGAJARAN 2

Baca dan faham petikan.

 

Sejak beberapa tahun, kerajaan telah melancarkan kempen ”Sayangi Sungai” dalam negara yang merangkumi pelbagai usaha memantau, memulihara, membersih dan  mengindahkan keadaan sungai. Namun, mereka yang mendiami sekitaran sungai seperti pengusaha kilang, peniaga gerai makan dan juga penghuni rumah masih menganggap sungai sebagai tempat untuk menyalurkan sampah dan segala macam sisa yang hendak dibuang.

 

Sokongan orang ramai  adalah penting sekiranya kempen menyayangi sungai dikehendaki mendatangkan kesan. Perasaan cintakan sungai yang mengalir melalui kediaman atau bandar mereka  diami adalah milik mereka juga perlu dipupuk. Hanya dengan cara begini, baru akan timbul perasaan menyayangi sungai mereka sendiri dan dengan itu mereka juga berusaha memuliharanya daripada dicemari. 

 

Pemantauan yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bahawa kiranya tidak ada rancangan berkesan memelihara kebersihan sungai, kedudukan kebanyakan sungai dalam negara akan terus dilanda pencemaran. Hal ini disebabkan, keseluruhannya rakyat negara ini amat kurang prihatin terhadap tahap kondusi sungai. Kebanyakan daripada mereka seolah-olah tidak pernah terfikir bahawa merekalah juga yang menyebabkan keadaan kebanyakan sungai kita terus tercemar. 

 

Selagi tahap kesedaran terhadap kebersihan sungai tidak dapat diwujudkan, selagi itulah segala usaha untuk memulihkan sungai tidak akan berkesan. Kesedaran demikian ini seharusnya dipupuk daripada bangku sekolah lagi. Perasaan cinta akan sungai dan prihatin terhadap persekitaran alam didedahkan kepada murid di sekolah lagi supaya apabila dewasa kelak mereka akan lebih prihatin terhadap usaha kebersihan alam sekitar. Media juga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran orang  ramai terhadap pentingnya sungai dipelihara supaya terus bersih.

 

Jelasnya, segala usaha mungkin akan mengambil masa. Tetapi sekiranya ada anjakan paradigma dengan rancangan rapi tidak mustahil sungai-sungai yang terjejas dapat dipulihkan.

 

Latihan 1

 

Berdasarkan petikan di atas, cari isi utama dan isi sampingan di setiap perenggan karangan. Selepas itu, catat semua carian di dalam borang yamg disediakan.

 

Sila tekan link di bawah untuk memuat turun borang.

 

Borang A

 

 

Latihan 2

Tulis sebuah karangan bertajuk "Kebersihan di Sekolah Saya"

 

Sila tekan link di bawah untuk memuat turun borang.

 

 

Borang B